About Me
Salam sejahtera…..
Terima kasih kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa di blog JejakCyber.com ini. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang bertanya siapakah pemilik blog ini? Apakah latar belakang beliau? Apakah tujuan blog ini dibangunkan? Apa faedah yang para pembaca blog ini akan perolehi hasil kunjungan mereka ke blog ini?
Baiklah saya akan jawab satu persatu (walaupun mungkin ada yang tak bertanya pun, tidak mengapa heheheh
) Blog ini dimiliki oleh Sufian Mastor. Saya adalah salah seorang insan biasa yang berasal dari selatan tanah air. Minat sejak kecil lagi adalah berkaitan dengan sukan. Namun sejak awal remaja, minat terhadap bidang keusahawanan telah mula berputik.
Bermula pada awal 2007, saya telah mula mengkaji pemasaran dan perniagaan internet dengan lebih mendalam lagi. Pada akhir 2007, setelah berasa yakin barulah mula membuat beberapa langkah awal di bidang internet marketing . Kini pada 2008, satu blog (blog peribadi pada asalnya) telahpun dibangunkan untuk berkongsi idea, pendapat dan sebarang maklumat bersama pembaca-pembacanya sama ada yang berkaitan dengan dunia keusahawanan internet, mahupun isu-isu semasa yang lain. Saya juga akan membicarakan tentang usahawan-usahawan unggul yang telah berjaya khususnya di arena siber ini. Di samping itu, matlamat membangunkan blog ini adalah untuk memberikan informasi yang tepat dan sebaik yang mungkin berkaitan perniagaan internet yang sebenar. Mempunyai iltizam untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya skim cepat kaya, skim binary, serta pelaburan dan program-program internet yang berbentuk penipuan yang akan menghakis kepercayaan masyarakat tempatan dan dunia mengenai perniagaan dan keusahawanan internet di Malaysia. Harapan saya adalah semoga para pembaca blog JC ini akan mendapat serba sedikit maklumat dan ilmu yang bermanfaat untuk mereka.
p.s : Oh ya, para pembaca sekalian boleh memanggil saya dengan panggilan Sufian JC ataupun bentayan.
Salam mesra,





























