Jun 06 2008
Posted by sufian jc as Buat duit, Info & Berita Ebiz
Salam sejahtera….
Moga anda dalam keadaan yang sihat dan tenang, walaupun ketika negara sedang kecoh dengan kenaikan harga minyak sehingga RM0.78 seliter (bagi petrol) dan kenaikan RM1 (bagi diesel). Hari ini saya tidak mahu menulis atau membincangkan pasal kenaikan harga minyak, nanti apabila berkesempatan, saya akan bincangkan sedikit sebanyak dan saya juga akan mengutarakan satu teori yang sepatutnya diketahui oleh orang ramai khususnya bagi anda yang menjadi usahawan internet / cyber (bagi yang tidak menjadi usahawan pun, teori ini berguna kepada anda kerana anda adalah pengguna yang bernama manusia, betul tak)
Teori ini bukan sekadar omong-omong kosong, tetapi telah diuji secara saintifik. Nak tau apa dia?? Nantikan artikel-artikel saya di masa akan datang
Oh ya, untuk sambungan post yang bertajuk “Perniagaan ebook tak laku di internet” seperti yang saya nyatakan sebelum ini, akan saya lakukan (sambung) apabila saya telah menerima komen daripada 10 pembaca (jadi apa lagi, berilah komen dan pandangan anda)
Hari ini saya sekadar ingin memberitahu satu lagi peluang untuk anda buat duit sampingan di internet.
Baiklah selepas memberikan intro yang agak panjang di atas tadi, coretan saya kali ini hanya sekadar ingin mewar-warkan kepada pembaca-pembaca blog JC mengenai tawaran kerja sampingan (part time job) oleh team SaifulSham. Sebagaimana yang anda tahu, team SaifulSham yang diasaskan oleh dua orang anak muda bernama Sabri dan Shazwan begitu dikenali dalam kalangan usahawan internet Malaysia (malah mereka juga memasuki pasaran perniagaan internet antarabangsa). Apa pekerjaan yang ditawarkan? Erm ada 4 position yang ditawarkan iaitu:
1) Management “Star” Members
2) Customer Support “Star” Members
3) Content “Star” Members
4) Design “Star” Members
Tawaran kerja sampingan ini boleh anda lakukan dengan memilih sama ada mahu berkerja 1 jam sehari selama 5 hari seminggu, atau melebihi 5 jam sehari, 5 hari seminggu.
Apakah syarat-syarat dan kriteria pemilihan, serta faedah yang akan anda perolehi apabila menjawat jawatan-jawatan yang ditawarkan itu, anda boleh la tengok sendiri di laman web SaifulSham ini. Semoga info ringkas daripada saya ini akan dapat memberikan anda duit tambahan kepada anda (sempena kenaikan harga minyak kali ini) dan mendapat faedah-faedah, serta pengalaman dan juga ilmu daripada team SaifulSham atas kerja sampingan yang anda lakukan tersebut.
Pssttt…pada tajuk post saya tu saya letak 3 bulan dan ke atas, bukan tawaran kerja ini untuk mereka yang berumur 3 bulan ok hehehhe…, tetapi tawaran kerja sampingan ini akan mengambil tempoh masa antara 3 bulan dan ke atas (mengikut performance anda). Boleh baca di laman blog SaifulSham. Jangan tersalah anggap k, jangan marah, nanti lekas tua ![]()
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply