Petang tadi sejak jam 4 petang, RTM1 telah menyiarkan secara langsung keputusan pertikaian antara Malaysia dan Singapura berkenaan pemilikan Pulau Batu Puteh. Akhirnya, lebih kurang jam 5.50 petang waktu Malaysia, keputusan telah diumumkan dan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk “Batu Puteh”) menjadi milik Singapura. Satu lagi kedaulatan yang sememangnya terang-terangan diketahui sejak zaman nenek moyang kita, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman Kesultanan Johor-Riau-Lingga dan zaman Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu, telah ‘dirampas secara terhormat’ oleh ‘orang luar’ pada kali ini sedangkan pada awalnya mereka hanya bertindak sebagai pentadbir rumah api. Yang ada pada Malaysia kini hanyalah Middle Rocks atau Terumbu Karang Tengah.


Sumber gambar: Utusan Malaysia

Saya tertarik dengan petikan satu artikel di Wikipedia :

Alasan Malaysia berdiam diri

Singapura banyak berhujah tentang sikap kerajaan dan rakyat Malaysia yang berdiam diri. Taktik ‘pengantin perempuan Melayu’ ini digunakan oleh Singapura secara habis-habisan. Rakyat dan kerajaan yang bersuara dan membantah dianggap mendapat hak yang lebih. Sebelum 1979 memang Malaysia tidak pernah ‘berdetik’ tentang pembinaan dan pentadbiran Rumah Api Horsburgh ini.

Oleh kerana Malaysia sebagai ‘anak tiri’ British yang pasif sedangkan Singapura ‘anak angkat’ British yang agresif, Singapura mendakwa berhak menjadi pewaris sah pulau-pulau peningalan Empayar British itu. Dalam sistem demokrasi Barat, kumpulan yang banyak bersuara akan mendapat lebih banyak.

Adakah keputusan yang kita terima kali ini akibat kesilapan atau kealpaan nenek moyang dan barisan kepimpinan kita sejak beratus tahun dahulu? Adakah suatu yang wajar jika kita menyalahkan nenek moyang kita sedangkan mereka juga telah berjasa dan bertungkus-lumus, bermandi darah memperjuangkan kemerdekaan demi kedaulatan negara kita hari ini. Atau adakah tindakan yang bijak untuk kita menuding jari ke atas ‘orang lain’ disebabkan kealpaan atau kelemahan kita sendiri? Fikir-fikirkan.

Perjanjian Crawfurd

Perjanjian Crawfurd atau Crawfurd Treaty ditandatangani pada 2 Ogos 1824 antara Great Britain dengan Kesultanan Johor. Melalui perjanjian ini, Kesultanan Johor menyerahkan pulau Singapura bersama-sama pulau-pulau dan batu-batu dalam lingkungan 10 batu sahaja kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sedangkan Pulau Batu Puteh 25.5 batu nautika dari Singapura.

Harap-harapnya Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang sedang rancak dimasuki pelabur dari Singapura, tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini di masa hadapan kepada anak cucu kita yang mungkin disebabkan kerakusan, ketamakan dan kealpaan kita sendiri. Telah banyak catatan sejarah berkaitan Johor-Singapura yang boleh kita pelajari dan diambil iktibar. Jangan hanya berseronok dengan hiburan yang semakin berleluasa yang dihidangkan kepada minda generasi muda hari ini. Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.

p.s: Harap maaf, post kali ini saya tidak mengaitkan dengan usahawan cyber atau tambah pendapatan sampingan menerusi internet. Saya akan tulis pada post yang seterusnya, ok. Usahawan cyber pun kena juga tahu hal-hal persekitaran dan bersifat patriotik ;)

Kongsi dan Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb
  • e-mail
  • Live
  • Socialogs
  • Technorati
  • Digg
  • Facebook