Salam sejahtera….

Moga para pembaca blog JC sentiasa ceria hendaknya terutamanya ketika beristirehat di malam minggu seperti malam ini. Ermm hari ini saya berasa sedikit kesal dengan keadaan yang berlaku (tetapi masih dalam keadaan ceria :D ). Apa keadaan tu yang membuat saya berasa sedikit kesal? Di bawah ni jawabnya:

“i baru kena 4D RM73,000 (28*#) So happy, i dapat tips tepat dari SMS TIPS. Mesti cuba, belum cuba belum tau! Cepat hantar ON WANG ke 33&*#. Sender: +601******** “

Untuk pengetahuan anda juga, bukan baru sekali saya menerima sms SPAM seperti ini tetapi telah beberapa kali dan saya masih menyimpan 2 nombor server/gateway (saya pun kurang faham dengan istilah-istilah telco ni heheh…) yang “insan istimewa” ini gunakan. Inilah yang dinamakan S-P-A-M zaman ICT masa kini. Bukan sahaja kita sering mendapat emel SPAM (menerusi emel) tetapi sms SPAM pun ada! Haii… hebat betul perlakuan SPAM “insan istimewa” ni (rasanya tidak sesuai saya gunakan nama usahawan SMS kepada insan ini, kerana di luar sana ramai lagi yang berniaga secara beretika).

Insan istimewa ini bijak dan memang mengikuti teknologi semasa, sebenarnya. Manakan tidak, mereka menggunakan SMS sebagai cara dan platform untuk memasarkan ‘khidmat TIPS’ mereka. Adakah ini silap pada teknologi itu sendiri? Pada pendapat saya yang masih cetek ilmu pemasaran perniagaan (business marketing), bukan kecanggihan teknologi yang harus dipersalahkan, tetapi orang yang menggunakannya harus memikul tanggungjawab jika melakukan kesalahan tersebut. Saya tak tahu pula berapakah harga atau potongan kredit yang akan dikenakan ke atas kredit handphone kita jika kita memilih untuk membalas atau menghantar sms yang diterima seperti di atas itu tadi. Mungkin jika anda ingin mengetahuinya anda boleh cuba membalas sms tersebut dan hantar ke nombor server yang diberikan :) tetapi saranan saya tidak perlulah, k. Pengalaman beberapa orang rakan saya yang pernah ‘mencuba’ melanggan perkhidmatan sms (bukan Tips 4D), kredit mereka ditolak setiap minggu/bulan walaupun rakan saya ini hanya ingin melanggan untuk 1 kali sahaja. Walaupun perkhidmatan sms ini ada menyediakan panduan arahan untuk keluar daripada sistem perkhidmatan tersebut, tetapi apabila rakan saya telah membuat seperti mana panduan yang diberikan, kredit rakan ini masih ditolak juga setiap minggu/bulan. Oleh kerana tidak tahan dengan penolakan kredit handphone yang berterusan, akhirnya rakan saya ini mengambil keputusan untuk menggunakan nombor telefon yang baru dan mematikan nombor telefon sebelumnya dengan membiarkan nombor telefon itu lupus sendiri (expired sebab dah tamat tempoh untuk ‘topup’ dan mengaktifkan semula).

Sekarang ni, peluang untuk memulakan perniagaan tidak kira sama ada secara offline atau online terbuka begitu luas buat kita rakyat Malaysia. Kepada usahawan online khususnya dan usahawan offline amnya, gunakanlah cara promosi dan laksanakanlah perniagaan anda dengan beretika. Janganlah melakukan SPAM, kerana prospek atau bakal pelanggan kita itu tidak suka dengan SPAM sebenarnya. Jika usahawan offline mungkin menggunakan alamat rumah untuk menghantar surat jualan mereka tanpa diundang oleh si penerima, atau usahawan online menggunakan alamat emel untuk menghantar emel SPAM yang pastinya tidak diundang sama sekali, maka kedua-dua jenis usahawan (offline mahupun online) tetap tidak beretika sekiranya melakukan promosi secara SPAM dengan menghantar ke nombor telefon bakal pembeli. Kepada usahawan SMS (yang berorientasikan perniagaan SMS) pula, mereka juga perlu beretika agar kredibiliti dan perniagaan mereka tidak terjejas. Jika ada yang menyalahgunakannya, pasti pasaran untuk perniagaan ini akan tercemar dan orang ramai tidak akan percaya lagi. Di dalam post ini, saya tidak mahu menulis tentang salah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan “SPAM” kepada bakal pelanggan mereka yang kononnya ingin menjadi usahawan. Jika ingin menulis tentang pelaksanaan perniagaan “SPAM” yang ditawarkan tu, pastinya lebih panjang lagi post ini nanti (kalau tulis panjang-panjang bimbang anda penat dan bosan pula apabila membaca…heheh psikologi juga tu ;) ). Kalau saya rajin, saya tulis di lain masa.

Psssttt…jika sms promosi yang dihantar oleh syarikat penyedia Telco, tidak termasuk dalam apa yang saya coretkan di atas ini, ok.

Saya ingin dengar, apa pula komen anda atau mungkin pengalaman yang pernah anda alami berkaitan SPAM ni? :D

Kongsi dan Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb
  • e-mail
  • Live
  • Socialogs
  • Technorati
  • Digg
  • Facebook