Salam sejahtera….
Selalunya saya mencoretkan tentang usahawan cyber, perniagaan internet, mahupun cara menambah pendapatan sampingan menerusi internet. Kali ini, coretan saya lain sedikit dan agak keluar daripada topik kebiasaan kita (menjana pendapatan sampingan menerusi internet).
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru, ustaz, uztazah, pensyarah dan mereka yang mempunyai profesion dalam dunia pendidikan. Tidak kira walau apa pekerjaan kita sekarang, walau apa jawatan yang kita sandang, walau berapa banyak pendapatan yang kita perolehi sekarang, pastinya keringat dan budi yang dicurahkan oleh para guru tidak dapat kita sangkal. Rasanya tak terbalas budi yang dicurahkan oleh mereka kepada kita. Ilmu yang disampaikan, galakan, semangat, dorongan dan panduan yang diberikan pastinya amat berguna dan sebagai pedoman kepada kita dalam meneruskan kehidupan yang mendatang.

Terima kasih cikgu, jasamu tetap ku kenang. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa cikgu-cikgu.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply