May 20 2008
Posted by sufian jc as Free download, Pay Per Lead, Santai
Salam sejahtera,
Moga anda sihat sejahtera hendaknya walaupun di kala ini keadaan ekonomi dan politik negara agak suram. Ermm saya tidak mahu bercerita panjang tentang hal itu, kerana ada platform dan saluran lain yang lebih sesuai untuk kita utarakan (mungkin boleh tulis di blog politik kot
) Baiklah para pembaca sekalian, jika sebelum ini saya pernah membicarakan sedikit mengenai apa dan bagaimana konsep Pay Per Lead atau ringkasnya PPL sahaja, kali saya ingin memberitahu kepada anda pula satu lagi info menarik iaitu anda berpeluang untuk mendapat pendapatan sampingan menerusi internet iaitu dengan berkonsepkan PPL juga. Nak tau macam mana? Teruskan membaca.
Baru-baru ini, salah seorang usahawan cyber tempatan, telah melancarkan sebuah Laporan Khas yang berkait-rapat dengan teknik Pemasaran Email (email marketing). Jika anda masih kabur dengan makna JV Give Away dan makna perkataan ‘mailing list’, laporan ini akan membantu anda memahami dengan cara penerangan yang mudah. Yang menariknya, melalui Laporan Khas JV Give Away ini, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui 2 cara :
1) Ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam laporan khas ini untuk menjana pendapatan sampingan, selain mengumpul mailing list, mempelajari 4 teknik ‘rahsia’ jana wang dan beberapa perkara lagi.
Atau
2) Anda hanya perlu mendaftar dan memuatturun Laporan Khas JV Give Away secara PERCUMA. Setelah mendaftar dan memuatturun Laporan Khas ini, lakukan promosi menggunakan link affiliate yang diberikan. Ya, lakukan promosi, promosi, promosi dan cadangkan kepada rakan-rakan yang lain. Bagi setiap rakan anda yang mendaftar dan memuatturun laporan tersebut, anda akan menerima RM0.25. Jangan fikir RM0.25 tidak berharga, kita perlu ketahui, bahawa dapatkan duit menerusi internet buat permulaan adalah sangat penting walaupun hanya nilai yang kecil. Tanpa RM0.10 tidak akan ada RM1.00 dan seterusnya
Oleh itu, jangan tunggu lagi, download sekarang (tawaran sah sehingga 30 Jun 2008 atau selagi ianya belum ditutup).
Inilah contoh Pay Per Lead yang sebenarnya telah diamalkan oleh usahawan-usahawan internet millionaire dari luar negara sebelum ini. Mungkin anda masih ingat dengan laporan ‘10 Outsourcing Mistakes’ yang pernah saya coretkan di blog ini dahulu, ermm untuk pengetahuan anda saya telah mendapat $2 sahaja, tetapi tidak mengapalah jika ditukar dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM6.00 juga, siapa nak bagi duit Percuma kepada kita yer tak?
Tetapi nanti dulu, kini saya juga ada ‘berita gembira’ untuk anda
. Kepada anda pembaca blog JC, saya ingin berikan anda sebuah “Ebook Istimewa” iaitu ebook keusahawanan yang begitu komprehensif dan pragmatik, untuk perkongsian dan bacaan anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendaftar dan menjadi Ahli JejakCyber.Com secara PERCUMA, dan anda akan menerima ebook tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menerima pelbagai faedah seperti panduan dan info keusahawanan internet, serta akan diberikan hak mengakses ke laman muat turun JejakCyber.Com yang mengandungi pelbagai ebook, laporan khas dan juga perisian yang berguna untuk kegunaan anda.
Jadi jangan tunggu lagi, download sekarang Laporan Khas JV Give Away (oleh Mawardee) dan sebelum itu muat turun dahulu Ebook Istimewa (oleh JejakCyber.Com) yang tidak wajar anda lepaskan serta bonus-bonus dan faedah yang bakal anda perolehi nanti. Klik pada kedua-dua gambar di atas untuk download secara Percuma!
One Response
JejakCyber Dot Com » Blog Archive » Pay per lead - peluang jana wang secara Percuma!
May 23rd, 2008 at 12:19 am
1[...] anda mungkin biasa mendengar atau pernah mendengar tentang pay per lead bukan? Bagi yang belum pernah dengar, sekarang dah dengar bukan Emm apa tu pay per lead dan [...]
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply