Salam sejahtera….

Baiklah kali ini kita ringan-ringankan sedikit kepala dengan tidak berbicara secara serius tentang perniagaan internet (tetapi perniagaan internet perlu diteruskan dan dijalankan dengan serius serta bertanggungjawab ;) ), tetapi kita berbicara tentang bola pula.

Kepada peminat-peminat kelab bolasepak Manchester United (MU) mahupun Barcelona (Barca) pastinya menantikan dengan penuh debaran dan minat perlawanan antara kedua-dua pasukan yang bakal berlangsung awal pagi nanti waktu Malaysia. Pastinya kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makan yang lain juga meriah dengan penonton yang ingin turut sama menyaksikan perlawanan ini (kalau orang bujang, khasnya yang xda astro kat rumah atau talian internet pasti p tengok kat kedai punyalah :D ) Harap-harapnya esok pagi bangun pergi kerja atau yang ada exam bagi student U tak liat sudah la heheheh…

Baiklah, perlawanan ini pastinya bakal disaksikan oleh jutaan penonton dan peminat bolasepak, apatah lagi dengan keputusan seri 0-0 sebelum ini, tentunya hebat perlawanan ini nanti. Ermm kepada penggiat-penggiat atau usahawan internet macam mana pula? :) jika kita fikirkan sejenak, berapakah jumlah urusniaga yang berlangsung bagi kedua-dua pasukan ini agaknya yer? Saya yakin pastinya memakan paling sedikit ratusan juta malah mungkin lebih. Yelah jika difikirkan dengan urusan periklanannya, pengurusannya, penajaan dan pelbagai lagi. Setiap satu yang sebutkan tadi (iklan, tajaan, pengurusan pastinya mempunyai beberapa pecahan lagi). Huhhh memang betul la kata orang, sukan di benua eropah sememangnya boleh menjadikan mereka kaya bermula dari pemain, pegawai, pengurus, pemilik kelab (sudah tentulah) sehingga kepada peminat.

Kenapa saya kata peminat pun boleh kaya? haaa di sinilah point yang ingin saya sampaikan sebenarnya. Bagi peminat-peminat yang minat berniaga dan nampak peluang perniagaan, pastinya boleh menjadikan “Nama dan Jenama” kedua-dua pasukan bolasepak ini untuk menjana pendapatan mereka tidak kira secara konvensional mahupun menerusi internet. Jika mereka memasuki perniagaan internet pastinya peluang ataupun prospek adalah lebih besar. Sebagaimana kita ketahui, peminat MU dan Barca bukan sedikit di seluruh dunia. Oleh itu, sekiranya seorang IM menjalankan perniagaan menjual jersey dan cenderamata bagi pasukan MU contohnya wahh…berapa besarkah prospek yang dia ada? Ermm anda fikir sendiri ;) Tidak kiralah sama ada seseorang IM itu menjual produk-produk jenama sukan pasukan bolasepak ini dengan menggunakan kedai onlinenya ker, melalui web lelongan seperti ebay atau lelong ker ataupun lain-lain mungkin blog agaknya, ermm kebarangkalian untuk mendapatkan prospek pastinya agak tinggi dan memuaskan pada ketika ini.

Baiklah saya pun tak mahu berceloteh panjang, kita tunggu dan tonton sahajalah perlawanan awal pagi nanti antara MU dan Barca. Kepada peminat kedua-dua pasukan, harap bertenang dan cool. Tak perlu kutuk kawan-kawan yang pasukan mereka kalah ok :) heheh… dan kepada para IM semoga perniagaan anda terus maju hendaknya.

Kongsi dan Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb
  • e-mail
  • Live
  • Socialogs
  • Technorati
  • Digg
  • Facebook