Salam sejahtera…

Moga anda sentiasa sihat dan ceria selalu…baiklah kali ini saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit info berkaitan “online store” atau “kedai dalam talian” atau “kedai online“. Mungkin ramai dalam kalangan pembaca sekalian yang telah mendengar tentang online store. Sekiranya anda pernah mendengar dan biasa dengan online store, baiklah saya ada satu soalan mudah untuk anda. Jika eBay.com adalah laman web lelongan yang terkemuka dan telah lama bertapak dalam dunia cyber, laman web manakah antara yang terawal yang telah mempelopori dunia internet hingga ke hari ini berkaitan dengan online store?

Nak tau jawapannya? teng teng teng….ya jawapannya ialah Amazon.com. Untuk pengetahuan anda, Amazon.com adalah kedai online yang bermula pada tahun 1994 dan diasaskan oleh Jeff Bezos (Jeffrey Preston Bezos), manakala pelancarannya dibuat pada tahun 1995 . Amazon.com pada awalnya hanyalah sebuah kedai online yang menjual buku secara ermmm… online la huhuhu :D . Tetapi kini laman web ini telah berkembang dan menjual pelbagai barangan seperti movie, music, games, perkakasan elektronik dan komputer, alat permainan kanak-kanak dan berbagai-bagai lagi secara online. Anda boleh semak dan lawati sendiri laman web ini di www.amazon.com.

Baiklah jika anda perhatikan pada laman web Amazon.com, pastinya anda akan dapati bahawa pihak Amazon.com telah memudahkan pengguna dengan adanya sistem carian (search), borang langganan / pembelian serta sistem membeli belah (shopping cart) yang mudah dan beberapa ciri yang lain seperti senarai membeli-belah dan hadiah. Jika anda perhatikan lagi…antara kekuatan bagi online store adalah dengan adanya shopping cart. Apa itu shopping cart? Bagaimana ingin menggunakan shopping cart di dalam pembangunan sesebuah online store atau kedai online?

Baiklah para pembaca yang budiman, apa itu shopping cart? Shopping cart secara ringkasnya boleh saya nyatakan sebagai perisian yang digunakan di dalam online store yang memudahkan penjual menjual banyak produk, manakala pembeli pula mudah untuk membeli pelbagai produk sekali gus dalam satu laman web. Jadi pembeli tidak akan pening kepala untuk mengira jumlah pembeliannya dan mudah membuat tempahan pembelian. Ini pastinya satu kelebihan kepada pihak penjual kerana dapat menyediakan laman web yang mesra pengguna dan memudahkan pengguna untuk membuat pembelian pelbagai produk.

Jika anda tanya, apakah pula jenis-jenis shopping cart yang ada dan biasa digunakan dalam perniagaan internet masa kini. Jawapan mudah daripada saya adalah terdapat 2 jenis shopping cart iaitu yang berbayar dan percuma (open source).

Jika anda tanya pula apakah jenis shopping cart percuma (open source) yang sering digunakan oleh para usahawan cyber pada masa kini, jawapan mudah daripada saya, anda kena tonton sendiri video yang disediakan oleh Team SaifulSham berkaitan Kedai Online :D heheh… (pada penulisan Jana Pendapatan Sampingan di eBay - Siri2 saya ada menceritakan sedikit mengenai 2 orang anak muda ini memulakan perniagaan dan menjana pendapatan mereka menerusi eBay). Anda boleh layari dan menonton video Kedai Online dengan cara klik di pautan ini. Di dalam video ini, Team SaifulSham ada menerangkan tentang salah satu jenis shopping cart open source yang sering digunapakai oleh usahawan cyber.

Saya telah menonton video tersebut dan saya berpuashati kerana saya telah mendapat ilmu baru berkaitan online store atau kedai online. Jika anda juga ingin menambahkan pengetahuan dan ingin mengembangkan perniagaan online anda, maka saya sarankan anda menonton video tersebut. Yang menariknya, anda juga berpeluang mendapat hadiah seperti mana yang dinyatakan di akhir video tersebut. Pastinya sesuatu yang berbaloi, jadi jangan lepaskan peluang ini. Moga kita semua akan terus berjaya menjana pendapatan sampingan mahupun pendapatan tetap dalam dunia cyber ini.

Salam mesra,

- Sufian JC -

p/s: Bookmark dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Sila sertakan sekali alamat blog ini kepada rakan-rakan anda.

Kongsi dan Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb
  • e-mail
  • Live
  • Socialogs
  • Technorati
  • Digg
  • Facebook