Apr 18 2008
Posted by sufian jc as Info & Tips Ebiz
Salam sejahtera…
Coretan ini ringkas sahaja. Jika anda kekurangan modal atau memang tidak mahu mengupah seorang pereka / pembangun laman web untuk kedai online (online store) anda yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit (bagi pereka profesional) atau sekurang-kurangnya sehingga RM700-800 (bagi freelance / amatur), maka kini anda ada alternatif penyelesaian bagi masalah ini. Perhatian ya, harga yang saya sebutkan ini adalah untuk membina laman web kedai online, bukannya laman web jualan biasa atau minisite, ok
Baiklah apakah alternatf tersebut? Jawapannya ialah anda bina dan bangunkan sendiri kedai online anda. Jika anda menggaru kepala kerana tidak tahu akan perkara-perkara teknikal untuk membangunkannya, jawapannya anda tetap ada pilihan untuk belajarnya menerusi eBook Sistem Kedai Online yang telah dihasilkan oleh Team SaifulSham (mereka antara pakar dalam bidang perniagaan internet khususnya yang berkaitan dengan kedai online).
Walaupun saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau ganjaran sekiranya mempromosikan ebook ini, tetapi atas sifat dan tanggungjawab ingin berkongsi info yang tepat dan bermutu, saya amat menggalakkan anda membeli, membaca dan mengikut sendiri setiap panduan dan langkah-langkah yang telah diterangkan di dalam ebook ini (jika anda ingin membangunkan Kedai Online anda sendiri). Saya telah mendapatkan ebook ini dan memang sangat berbaloi memilikinya kerana mutu ebook ini dan ilmu serta panduan-panduan yang disampaikan di dalamnya. Oh ya, 2 minggu dari sekarang, harga ebook ini akan naik daripada RM49 kepada RM69. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Klik gambar di bawah jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ebook Sistem Kedai Online ini.
Saya doakan semoga masyarakat kita tidak akan mudah tertipu lagi dengan skim-skim yang entah apa-apa entah, sebaliknya dapat membangunkan dan menjalankan sendiri perniagaan internet mereka dengan kuasa kawalan di tangan mereka sendiri.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply