Salam sejahtera…

Mungkin hari ini coretan saya agak lain sedikit daripada sebelum2 ini, kerana saya ingin mencoretkan tentang sirah dalam kalendar Islam. Semalam (atau orang utara mengatakan kelmarin) adalah 12 Rabi’ul Awal yang mana umat Islam seluruh dunia mengetahui adalah tarikh kelahiran Nabi kita Muhammad SAW. Kelahiran baginda bukan sahaja sebagai utusan Allah, sebagai Nabi dan Rasul terakhir, malah juga sebagai rahmat untuk seluruh alam. Oleh itu, sebagai memperingati Baginda (sebagaimana yg tertulis pada sepanduk2 yg dibawa oleh orang ramai semasa perarakan siang tadi), marilah dan adalah lebih baik kita berselawat ke atas junjungan kita sebagaimana yang dituntut oleh agama kita (Allahummasolli ‘ala Muhammad). Jika ingin mendapat syafaat daripada Nabi, perbanyakkan lah selawat ke atas baginda (memperingatinya) dan seterusnya mengikut jejak dan amalannya.

Bagi kita usahawan internet atau mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan daripada internet, apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada Sunnah Rasullah SAW? Baginda juga adalah seorang usahawan dan terlibat dalam perniagaan sejak remaja lagi. Dan sudah tentu kita boleh mengikuti perilaku Baginda yang sememangnya terkenal dengan sifat jujur, adil dan amanah ketika berniaga, selain sifat-sifat mahmudah yang lain. Kita seharusnya mengikuti jejak Nabi dan mengakui bahawa 9/10 rezeki itu datangnya dengan cara berniaga (ada sesetengah pendapat mengatakan bekerja dengan orang lain juga adalah berniaga, iaitu kita menggunakan kemahiran & tenaga kita, seterusnya kita mendapat upah/gaji). Oleh itu, walau apa jua perniagaan (yang halal) yang kita lakukan, sama ada yang dilakukan secara sampingan atau sepenuh masa, buatlah dengan hati yang ikhlas, jujur dan amanah dengan apa yag dilaksanakan. Moga sedikit kata-kata nasihat ini menjadi pegangan dan panduan kepada saya dan anda para pembaca yang budiman. Jika ada kesilapan yang kita lakukan, cepat2lah memohon maaf. Teringat pula saya pada kata-kata Dato Dr.Fadzilah Kamsah dalam satu program motivasi:

1 ) Kita hendaklah berprasangka baik dengan orang lain. Nescaya orang lain akan berbaik sangka dengan kita.

2) Maafkanlah orang lain, nescaya orang lain akan maafkan kesalahan kita.

3) Doakanlah kejayaan orang lain, nescaya orang lain juga akan mendoakan kita.

Salam mesra,

- Sufian JC -

Kongsi dan Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb
  • e-mail
  • Live
  • Socialogs
  • Technorati
  • Digg
  • Facebook