Salam sejahtera….
Pada post kali ini saya hanya ingin mencoretkan dengan serba ringkas sahaja. Membaca! Ermm mungkin ramai yang sedia maklum dan telah begitu acapkali mendengar tentang perkataan “membaca”. Tahukah anda, bahawa untuk berjaya tidak kira dalam apa jua lapangan, membaca adalah salah satu daripada syaratnya. Mengapa saya berkata demikian? Kerana dengan membaca kita akan mendapat pengetahuan, maklumat dan seterusnya menerbitkan ilmu serta kecerdikan. Malah di dalam agama Islam juga begitu menekankan tentang membaca sehinggakan ayat Al-Quran pertama yang diturunkan juga berbunyi Iqra’ yang bererti Bacalah.
Jika anda ada membaca blog Dr.Irfan Khairi (jutawan internet), beliau ada menyatakan bahawa beliau membaca dan menghabiskan bacaan sekurang-kurangnya sebuah buku dalam seminggu. Di rumahnya sahaja terdapat lebih 400 buah buku! Saudara Azizi Ali pula (jurulatih jutawan) memiliki lebih 700 buah buku! (yang sudah pasti telah habis dan mungkin berulang-ulang kali dibacanya
) Saya juga begitu yakin bahawa bahan yang kedua-dua orang jutawan ini baca bukanlah sekadar majalah hiburan atau buku dan novel cinta heheh. Jadi, bagaimana pula dengan kita? Berapa banyakkah buku atau bahan bacaan yang telah kita baca untuk menjadikan kita semakin pakar dalam bidang kita? 
Oh ya, untuk pengetahuan anda juga, Pesta Buku Antarabangsa 2008 akan berlangsung di PWTC bermula pada 4 April 2008 ini. Kepada anda yang berada di berhampiran dengan Lembah Klang jangan lepaskan peluang ini. Lawatilah Pesta Buku tersebut dan ambil peluang untuk mendapatkan buku-buku pilihan anda (mungkin anda mendapat diskaun pada waktu itu
). Psstt…jika anda ingin membuat pembelian buku menerusi internet, dipersilakan. Sekurang-kurangnya anda telah menjimatkan masa, menjimatkan kos untuk parking dan minyak serta tenaga heheheh.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply