Salam sejahtera
Moga anda terus ceria dan gembira menghadapi hari-hari mendatang. Baiklah pada post kali ini, saya ingin mencoretkan serba sedikit mengenai satu lagi peluang untuk menjana atau menambah pendapatan sampingan anda tanpa perlu menyediakan laman web dan mendapatkan domain mahupun hosting. Emm anda nak tahu apa dia? teng teng teng...eBay! Oh eBay (mungkin sesetengah orang membaca dengan nada yang lemah heheh…jangan lemah, come on semangat!)
Ya eBay. Kini kita tidak boleh memandang enteng atau sinis dengan peluang yang diberikan di dalam eBay. Untuk pengetahuan anda, hasil kajian AcNielsen International Research pada Jun 2007 sahaja, telah terdapat kira-kira 4000 peniaga di Malaysia menggunakan eBay sebagai sumber utama dan kedua untuk menjana pendapatan. Manakala kira-kira 5164 rakyat Malaysia menggunakan eBay untuk menjana pendapatan sampingan mereka (sumber: Majalah PC keluaran Januari 2008). Ok jika itu kajian pada Jun 2007, tetapi ini pula kenyataan daripada pihak eBay iaitu lebih 12,000 ahli baru telah
mendaftar di ebay.com.my untuk tempoh sebulan pertama daripada pelancaran laman web eBay yang telah dipertingkatkan pada November 2007 lalu (sumber: Majalah PC keluaran April 2008).
Jadi ini bukanlah cakap-cakap kosong tentang eBay, jika melihat kepada statistik dan angka yang ditunjukkan seperti di atas. Mungkin ada yang bertanya, mengapa ramai yang menggunakan eBay untuk mendapatkan pendapatan sampingan? Antara jawapan yang boleh saya berikan ialah:
1) eBay telah mengemaskini dan meningkatkan laman web tersebut agar lebih mesra pengguna, aktiviti jualan-pembelian yang lebih cepat, mudah dan selamat (sila layari www.ebay.com.my)
2) kos pendaftaran dan penyenaraian produk yang ingin anda jual adalah RM0.00 (di ebay.com.my anda tidak memerlukan kos untuk meletakkan senarai produk jualan anda)
3) mereka memang ingin menjana pendapatan sampingan D)
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai menjana pendapatan sampingan di eBay,tunggu dan baca keluaran Siri ke2 pula.
Moga bertemu lagi.
Salam mesra,
- Sufian JC -
www.jejakcyber.com/blog
p.s: Anda dibenarkan menyalin artikel ini dengan syarat tidak mengubah sebarang ayat yang terkandung di dalamnya dan meletakkan nama & alamat blog penulis. Terima kasih.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply