Baiklah untuk siri ke2 ini pula saya suka berkongsi serba sedikit cerita dengan anda berkenaan usahawan-usahawan internet yang telah berjaya dan pernah serta sedang menjadikan eBay sebagai landasan untuk mereka terus menambahkan pendapatan mereka.
1) Team SaifulSham
Kepada anda yang telah biasa dengan dunia perniagaan dan keusahawanan di internet, pastinya kenal dengan Sabri dan Syazwan dari Team SaifulSham. Untuk pengetahuan anda, mereka berdua ini memulakan perniagaan di internet dengan bermodalkan RM0 kerana mereka telah memulakan perniagaan dengan menjual produk melalui laman web eBay. Setelah agak berjaya dan jualan mereka meletup di eBay, mereka mula membuka dan menyediakan laman e-dagang sendiri yang mempunyai shopping cart dan autoresponder yang lebih baik untuk perniagaan mereka. Mereka kini mereka bukan sahaja berniaga menerusi internet dan menjadi usahawan cyber yang berjaya, malah mereka juga menjadi speaker dan menganjurkan kursus perniagaan untuk sesiapa yang berminat untuk mendalami dan menyertai perniagaan internet. Team SaifulSham ini juga telah berjaya menerbitkan buku berkaitan perniagaan internet yang berjudul Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Ermm menarik bukan kisah kejayaan mereka? Dua orang anak muda yang memulakan perniagaan internet ketika mereka masih menjadi seorang penuntut di universiti lagi dengan menjadi eBay sebagai landasan asas untuk mereka berniaga secara online seterusnya menjana pendapatan tambahan.
2) Noorizam Shah
Satu lagi kejayaan usahawan internet yang menggunakan eBay sebagai landasan untuk berjaya dan menambahkan pendapatan sampingan di internet adalah kisah kejayaan Noorizam Shah. Beliau merupakan pemilik laman web pelamin.net, masih lagi bekerja (dengan syarikat swasta) dan beliau juga menggunakan eBay sebagai salah satu “kedai elektronik” untuk menjual barang2nya. Yang menariknya beliau telah berjaya mendapatkan pendapatan mencecah sehingga RM5000 sebulan melalui eBay. Saya tidak berniat untuk bercerita panjang mengenai pengalaman beliau kerana anda boleh mendapatkan sendiri ebook beliau yang berjudul ‘Ebay Menjana $$$ Lumayan‘.
Di dalam ebook ini, beliau berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat berharga bagaimana kita sebagai pengguna biasa juga boleh menjadi seorang peniaga yang berjaya di eBay dengan hanya bermodalkan RM0.00. Tak percaya? Anda baca sendiri ebook tersebut. Ebook ini tidak meleret panjang lebar dengan ayat yang berbunga-bunga, tetapi memberikan panduan langkah demi langkah dan penerangannya adalah jelas. Saya telah membeli ebook beliau ini dan saya amat berpuashati dan mencadangkan anda juga untuk membaca ebook tersebut. Untuk pengetahuan anda, harga promosi ebook beliau ini pada awalnya hanyalah RM37 (tetapi ada juga yang bertuah dapat dengan harga RM30 ehem ehem), kemudiannya naik kepada harga RM47 dan kini telah naik lagi kepada RM50. Jadi jangan terlepas peluang ini kerana tidak mustahil harga ebook ini akan terus naik lagi pada bila-bila masa sahaja. Walaupun harganya akan terus naik, tetapi saya yakin anda pasti akan berpuashati.
Oh ya, satu lagi perkara yang menarik, sekiranya anda membeli ebook tersebut melalui link saya, saya akan memberikan anda bonus PERCUMA iaitu sebuah ebook dengan lesen MRR (Master Resell Rights) untuk kegunaan anda. Caranya hanya dengan membuat pembelian ebook Kuasa Lelong melalui link di bawah ini, kemudian setelah membuat pembayaran dan menghantar pengesahan pembelian kepada saudara Noorizam, anda emelkan kepada saya (emel : sufian[at]jejakcyber.com sila gantikan [at] dengan @) pula nama anda, alamat emel anda dan bukti pembayaran sebagaimana yang anda hantarkan kepada saudara Noorizam. Saya akan merujuk kepada saudara Noorizam untuk pengesahan tersebut. Apabila telah disahkan dan anda membeli menerusi link saya, saya akan hantarkan bonus ebook kepada anda. Jangan lepaskan peluang ini, anda bukan sahaja mendapat ebook Kuasa Lelong, malah mendapat hadiah daripada saya
Sila klik link ini untuk dapatkan ebook Kuasa Lelong:
http://jejakcyber.com/produkpilihan/kuasalelong
Salam mesra,
- Sufian JC -
p.s: Tidak dibenarkan menyalin atau mengubahsuai kandungan artikel ini kecuali dengan keizinan daripada penulis. Terima kasih.
3 Responses
noorizam shah
March 29th, 2008 at 10:02 am
1terima kasih dengan review ini. kepada anda yang ingin mendapatkan ebook kuasalelong, saya syorkan anda dapatkan ebook ini dengan klik pada link yang diberikan di atas dan dapatkan tambahan bonus MRR dari jejakcyber!
sufian JC
March 31st, 2008 at 1:03 am
2Terima kasih kembali kepada saudara Noorizam, tuan yg empunya dan penulis ebook Kuasa Lelong yang sedang hangat ini
Kepada anda para pembaca sekalian, jgn lupa utk cepat2 dapatkan ebook ini dan bonus daripada saya. Moga kita semua terus success. Caiyookk!
JejakCyber Dot Com » Blog Archive » Online Store & Shopping Cart
April 9th, 2008 at 1:27 am
3[...] shopping cart open source yang sering digunapakai oleh usahawan cyber (sebelum ini pada penulisan Jana Pendapatan Sampingan di eBay - Siri2 saya ada menceritakan sedikit mengenai 2 orang anak muda ini memulakan perniagaan dan menjana [...]
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply