Salam sejahtera…

Terima kasih kepada anda, pembaca budiman kerana terus melayari blog ini. Oh ya, mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tertanya, blog ni nak dikategorikan sebagai blog apa? Bagi yang telah membaca page Mengenai Saya, mesti dah tau jawapannya hehehe : ) Ya, blog JC ini sebenarnya adalah blog peribadi yang bukan sahaja akan memaparkan keadaan semasa penulisnya (sedikit je hal berkaitan penulis, bukannya popular pun penulis ni kalau nak diceritakan banyak-banyak huhu), tetapi yang pastinya akan memaparkan banyak panduan dan info berkaitan keusahawanan dan perniagaan internet khasnya kepada mereka yang masih baru dengan dunia perniagaan siber ini. Di samping itu, saya juga akan berkongsi dengan anda info dan tips bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan menerusi internet.

Baiklah untuk post kali ini, saya akan mulakan dengan membawakan kepada anda satu cerita sebagai motivasi kepada anda dan juga saya.

***************************************************************************
Pembongkaran Kejayaan Usahawan Internet - Siri 1 (Rahsia Jutawan Internet Terbongkar).
***************************************************************************

Irfan Khairi. Ya, pasti ramai yang telah mengenali beliau, seorang jutawan muda yang menggunakan internet sebagai wadah atau platform untuk mengembangkan perniagaannya dan mencapai pendapatan yang lumayan hanya dengan melakukannya di rumah. Beliau telah menjadi ikon kepada ramai usahawan internet di Malaysia pada masa kini termasuk saya : ) Anda jangan salah faham, beliau tidak mengamalkan pelaburan internet atau skim-skim cepat kaya di internet (yang ntah apa-apa ntah) sebaliknya melakukan perniagaan yang sebenar seperti perniagaan konvensional juga cuma bezanya beliau menggunakan internet sebagai platform atau landasan untuk berjaya. Ya, beliau memang telah melihat peluang besar yang terhidang di depannya (teknologi komputer dan internet) dan menggunakan dengan sebaik mungkin. Hasilnya, dalam masa 3 tahun beliau mengusahakan perniagaan internetnya, beliau berjaya menjana pendapatannya sehingga RM 1,000 000 ketika berumur 25 tahun sahaja. Emm mungkin ada yang terfikir, perniagaan apa yang dibuat oleh Irfan Khairi ni? Baiklah untuk pengetahuan anda semua, saudara Irfan ni berniaga bermacam-macam antaranya menjual peta, ebook, menyediakan perkhidmatan web & graphics design (beliau memang seorang pakar pereka gafik dan multimedia), penempahan hotel dan juga seorang perunding multimedia dan e-dagang (kursus perniagaan internet yang beliau kendalikan selalunya sold out! Bila pulak giliran saya agaknya, kena kumpul modal cepat2 untuk pergi kursus tu huhu). Ermm… itu antara perniagaan dan servis yang beliau laksanakan. Kalau anda ingin mendapatkan tips percuma daripada beliau, bolehlah melayari blog beliau di www.irfankhairi.com/blog. Sekiranya saudara Irfan Khairi boleh berjaya menerusi perniagaan internetnya, kenapa kita tidak boleh?

Moral cerita: Kita kena berani memulakan langkah pertama dengan mengambil peluang dan teknologi yang terhidang di dapan mata kita (internet la tu…hehe). Walaupun melaksanakn perniagaan di rumah, kita tetap berpeluang mencapai kejayaan (malah boleh menjadi jutawan) jika betul dan kena dengan caranya. Jangan takut sekiranya menghadapi kegagalan yang pertama (sepatah kata Billy Lim, Berani Gagal!).

Pada coretan yang akan datang, saya akan memaparkan pula bagaimana dunia siber atau internet telah memberi pulangan yang lumayan kepada usahawan-usahawan internet ini. Apakah antara cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan sampingan menerusi internet? Adakah memerlukan modal yang besar atau tiada modal diperlukan? Bagaimana untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan internet, seterusnya mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Sama-sama kita tunggu paparan yang akan datang.

Salam mesra,

- Sufian JC a.k.a bentayan -


Tidak dibenarkan mengambil atau mengeluar ulang mana-mana hasil penulisan di blog ini tanpa kebenaran daripada pihak penulis. Sekian, terima kasih.

Kongsi dan Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb
  • e-mail
  • Live
  • Socialogs
  • Technorati
  • Digg
  • Facebook