Feb 21 2008
Posted by sufian jc as Motivasi Usahawan
Salam sejahtera pembaca-pemabaca sekalian….
Bidalan atau pepatah Melayu yang mengatakan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” sememangnya telah acap kali kita dengar (sejak dari sekolah rendah atau sebelumnya lagi dah pernah dengar agaknya hehehe…)
Mengapa tiba-tiba hari ini saya nak menjadi orang bahasa pula, nak jadi sasterawan negara ke?Heheh jangan salah faham…saya bukanlah nak menjadi sasterawan negara menggantikan Dato’ A Samad Said yang mungkin terasa hati kerana karya-karyanya yang sememangnya terulung tidak diangkat atau dijadikan antara bahan teks bagi buku teks BM terbaru yang akan digunapakai di peringkat sekolah tidak lama lagi. Tetapi saya hanyalah ingin berkongsi cerita dengan anda, pembaca-pembaca budiman.
Baru-baru ini (semasa cuti Tahun Baru Cina) saya didatangi oleh seorang kawan baik saya yang mana sudah agak lama kami tidak berjumpa. Oleh kerana dah lama tak berjumpa, maka macam-macam cerita yang kami bincangkan dan bualkan. Semasa berbual-bual panjang, kawan saya ini ada bertanya, “ian, ko tau tak apa-apa peluang yang bole dibuat bisnes?” Saya membalas kembali, “kau nak peluang yang macam mana?”pengetahuan anda, kawan saya ni berminat rupanya dengan bisnes online, dan sebelum ini pun saya tahu bahawa beliau ni ada membuat perniagaan atau lebih tepat lagi boleh la saya katakan aktiviti menjana pendapatan secara online, cuma mungkin aktiviti seperti ini tidak dapat bertahan lama oppss…biarlah rahsia (hanya orang-orang tertentu jer yang tau hehehe). Kami terus berbual panjang tentang peluang dan bisnes yang boleh dilakukan di dunia siber ini. Pelbagai topik yang keluar, daripada bisnes menjual barang-barang fizikal, digital (seperti ebook), sampailah kepada program-program seperti Google Adsense, Adwords, Clickbank (ehh…sekarang Clickbank, rakyat Malaysia dah tak boleh join, angkara perbuatan mereka yang nk cepat sangat dapat duit tapi tak beretika dan menipu, pak cik clickbank n google lebih bijak dari anda yang ingin menipu, Awas!), agen affiliate, ebay dan lain-lain lagi (sampaikan forex pun ada). Memang seronok berbual dengan sahabat saya ni, walaupun saya akui saya pun bukanlah seorang yang pakar dalam kesemua perkara yang kami bincang dan bualkan (ramai pakar-pakar usahawan internet di Malaysia, lain kali saya ceritakan tentang pakar-pakar ni k. Sebelum ini saya ada menceritakan serba ringkas mengenai Irfan Khairi, jutawan internet kita. Anda boleh baca penulisan saya yang lepas). Saya pun masih belum mendalam lagi ilmu-ilmu perniagaan internet ni, seperti anda yang mungkin masih baru di luar
Sebenarnya apa yang menarik dan ingin saya kongsikan bersama anda ialah keinginan kawan saya ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkaitan keusahawanan di dunia cyberini. Malah beliau memang berminat untuk mengusahakan sesuatu perniagaan atau aktiviti yang dapat menjana pendapatan (sekurang-kurangnya pendapatan sampingan) yang sah dan halal daripada internet ini. Beliau memang telah lama nampak bahawa dunia siber memberi peluang kepada sesiapa jua untuk menghasilkan pendapatan, jika kena dengan caranya. Jadi di sini nasihat saya kepada anda dan juga diri saya:
“Buat jer…di mana ada kemahuan, mesti di situ ada jalan. Sebagai mana slogan Nike, Just Do It!”
Kita berjumpa lagi di lain coretan.
Salam mesra,
- Sufian JC a.k.a bentayan -
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply