Salam sejahtera…
Terima kasih kepada anda, para pembaca sekalian kerana terus sudi melayari blog ini. Moga anda sentiasa dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana sudah 2 hari tidak masuk dan membuat post pada blog ini (ada urusan yang kena diberi perhatian untuk diselesaikan ;)) Baiklah pada kali ini, saya akan menyambung coretan berkaitan bagaimana usahawan cyber telah mendapat pulangan yang lumayan hasil kecanggihan internet ini. Jom baca artikel ringkas di bawah.
**********************************************
Internet, internet, internet - 24 hours non stop
**********************************************
Pasti ramai dalam kalangan anda yang telah mendengar atau mengetahui tentang tempahan atau pembelian secara online, autoresponder, shopping cart, program affiliate, pembayaran secara perbankan internet (online banking), pembayaran melalui paypal, kad kredit atau lain-lain lagi. Jika anda telah mengetahui, tidak mengapa, tahniah saya ucapkan. Bagi yang masih belum mengetahui pula, saya akan menerangkan serba sedikit mengenainya. Saya akan mulakan perbincangan dengan kelebihan menggunakan medium internet kepada para usahawan.
Baiklah pasti ramai pembaca yang pernah membuat pembelian atau tempahan secara online. “Eh apa tu pembelian secara online?” ada di antara rakan yang bertanya. “Laa apa la ko ni, x ikut peredaran zaman langsung,” seorang rakan lain pula menjawab. “Beli secara online tu maksudnya ko beli sesuatu barang melalui internet la,” tambah rakan tersebut. Ya, para pembaca budiman, pembelian dan penjualan secara online bermaksud kita membuat transaksi pembelian / penjualan sesuatu produk atau servis melalui internet. Eh, bole percaya ke kalau beli atau jual guna internet ni? Mana yang lebih bagus, jual beli guna internet ke atau guna cara konvensional (beli barang / dapatkan servis terus di kedai dan pasaraya)? Mungkin ada yang bertanya begitu. Pada tulisan kali ini, saya tidak akan menyentuh hal tersebut, kerana saya akan menulisnya pada tulisan-tulisan yang akan datang.
Berbalik kepada hal utama yang dibincangkan, internet memang telah terbukti menjadi medium yang boleh saya katakan terbaik kepada para usahawan dan peniaga. Kenapa saya bercakap demikian. Cuba anda renung-renungkan yer apa yang akan saya perkatakan. Melalui internet, seseorang usahawan / peniaga boleh membuat pemasaran dan penjualan produk atau servis yang ditawarkannya kepada bakal pelanggan tanpa mengira masa, tempat, budaya mahupun kedudukan geografi. Pendek kata, dunia tanpa sempadan la ni hehehe… Ini kerana melalui internet, pengguna atau bakal pelanggan boleh mengakses iaitu mencapai apa jua maklumat yang dikehendakinya 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun (kecuali la kalau ada gangguan seperti bekalan eletrik terputus, atau server down, gentian optik mahupun talian kabel bawah tanah / dasar laut rosak dan lain-lain gangguan lah…perkara camni memang eden tak dapek nak tolong hehehe). Pengguna dari serata dunia yang sudah tentu berbeza dari segi bahasa pertuturan, budaya, iklim dan keadaan bentuk muka buminya juga boleh mendapatkan capaian maklumat, produk dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Mungkin isu yang timbul di sini adalah bagaimana mengkaji pasaran yang ingin ditumpu dan difokuskan oleh peniaga tersebut? Menarik juga isu ni, kita akan bincangkan di lain masa k.
Baiklah, jika pengguna boleh datang ke kedai kita 24 jam sehari, boleh didatangi oleh pengunjung dari mana-mana negara sama ada yang jauh atau dekat, kedai kita boleh didatangi dengan pantas pulak tu (dalam masa tak sampai 1minit), agak-agaknya apa yang berlaku pada perniagaan kita? Ya, sudah tentu perniagaan dan peluang memasarkan produk perusahaan kita itu juga semakin bertambah dan berkembang!
Bukan itu sahaja kelebihan perniagaan di dunia cyber, malah peniaga dan usahawan cyber boleh memberikan maklum balas dan membuat penghantaran produk jualan mereka dengan pantas, malah ada yang boleh dibuat secara automatik (sistem yang menerima tempahan dan membuat penghantaran untuk anda!). Sistem apa pulak yang boleh bantu usahawan internet ni? Ermm sabar yer, saya akan terangkan kemudian.
Sampai di sini dulu, nanti saya sambung menulis lagi k. Terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog ini.Teruskan memberi sokongan dengan melayari blog ini setiap hari. Saya akan berusaha untuk membuat post pada setiap hari.
Salam mesra,
- Sufian JC a.k.a bentayan-
Tidak dibenarkan mengambil atau mengeluar ulang mana-mana hasil penulisan
di blog ini tanpa kebenaran daripada pihak penulis. Sekian, terima kasih.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply