Feb 19 2008
Posted by sufian jc as Info & Tips Ebiz
Salam sejahtera…
Terima kasih kepada anda, para pembaca budiman yang terus sudi melayari blog saya ini. Sebelum saya memulakan coretan ini, ingin saya bertanya kepada anda. Pernah tak anda memasuki sesuatu laman web atau blog, dan anda tertarik untuk melanggan newsletter mereka, atau mendapatkan panduan, tips dan juga info, mahupun apa jua bonus percuma daripada mereka tetapi sebelum itu, anda dikehendaki mendaftarkan nama dan emel anda (selalunya memang 2 perkara ini yang boleh dikirakan penting berbanding maklumat yang lain seperti no.telefon dan alamat rumah – agak privasi pada kita). Ya, setelah anda klik butang subscribe atau send pada form yang anda isi tadi, dalam masa tidak sampai 1 minit, apabila anda menyemak emel anda, anda akan dapati pemilik blog / website tadi telah pun memberi maklumbalas terhadap pendaftaran anda itu tadi. Emm mesti anda telah melaluinya bukan? Mungkin ada yang berkata, Wah! Pantasnya owner website / blog tu beri respon. Macam mana dia bole buat begitu pantas menjawab dan memberikan respon kepada anda? Apakah sistem yang dia gunakan? Sebenarnya kunci kepada kepantasan mereka memberi respon kepada anda adalah dengan bantuan Autoresponder. Ya, sistem autoresponder. Emm mungkin juga ada yang tertanya bagaimana sistem ini berfungsi?
Pembaca yang budiman, jika anda tanya pada saya bagaimana sistem ini berfungsi, agak teknikal sedikit untuk saya menceritakannya. Saya hanya akan memberikan ringkasan tentang analoginya sahaja. Begini, untuk membolehkan pengendali laman web (webmaster) atau pengendali blog (blogger) mengautomasikan sistem ini, mereka perlu terlebih dahulu menentukan bagaimana untuk mendapatkan perisian dan penyedia perkhidmatan autoresponder. Perisian ini ada yang berbayar dan ada yang tidak berbayar (free la maknanya tu…hehehe). Selepas anda memilih untuk menggunakan sama ada autoresponder yang berbayar atau percuma, anda boleh la memasang (install) sistem autoresponder tersebut pada laman web anda. Anda juga perlu bersedia dengan respon-respon yang perlu anda masukkan dalam autoresponder anda (maknanya anda tentukan yang mana emel atau respon yang perlu sampai dahulu kepada pelanggan anda dan respon-respon yang serterusnya). Setelah siap dipasang, anda perlu mengujinya terlebih dahulu. Ini bagi memastikan sistem autoresponder anda itu berjalan dengan lancar. Setelah semuanya berjaya, kini anda telahpun bersedia untuk memberikan maklumbalas serta perkhidmatan yang pantas dan cekap kepada pelanggan anda menerusi autoresponder.
Oh ya, mungkin ada yang bertanya nak pakai yang berbayar ke atau yang tidak berbayar (percuma)? Saya tahu ramai yang berminat dengan perisian yang percuma, tetapi perlu diingat bahawa perisian yang percuma, tidak berbayar ini masih tetap mempunyai sedikit kelemahan berbanding yang berbayar. Apa kelemahannya? Antara kelemahannya ialah sekiranya sampai di suatu tahap yang mana list subscriber anda terlalu ramai, tidak mustahil sistem percuma ini akan menghadapi masalah pada konfigurasinya dan tidak dapat berfungsi dengan sebaik mungkin (kalau komputer ,orang selalu berkata “komputer aku hang la”). Di sini, risiko kehilangan data atau list subscriber tadi agak tinggi. Perkara seumpama ini agak sukar untuk berlaku kepada mereka yang menggunakan sistem autoresponder yang berbayar (kalau berlaku pun, pihak penyedia perkhidmatan autoresponder berbayar ini sudah mempunyai backup). Namun begitu, bagi anda yang mungkin masih baru berkecimpung dalam dunia perniagaan internet, kekangan dari segi modal mungkin berlaku pada anda. Di sini saya tetap percaya bahawa sistem autoresponder yang percuma masih boleh anda gunakan, tetapi anda perlulah rajin membuat backup senarai subscriber atau pelanggan anda. Ini bagi mengelakkan kehilangan senarai pelanggan yang sememangnya diakui sangat berharga kepada para peniaga dan usahawan internet (kalau tak percaya, anda boleh tanya dengan usahawan-usahawan internet yang terkemuka). Apabila perniagaan anda telah mula maju dan anda mempunyai modal sedkit, saya amat syorkan anda menggunakan autoresponder berbayar, banyak kelebihannya kepada perniagaan internet anda nanti.
Baiklah saya rasa cukup sampai di sini dahulu. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi pihak mana yang menyediakan perkhidmatan autoresponder berbayar, dan bagaimana pula untuk mendapatkan yang tidak berbayar? Nantikan tulisan-tulisan saya yang seterusnya. Kita berjumpa lagi di lain coretan.
Salam mesra.
- Sufian JC a.k.a bentayan -
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply